Selamat Hari Malaysia

PERPADUAN MASIH LAGI ASAS KEKUATAN RAKYAT MALAYSIA

oleh: Andre Lai,
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang Wangsa Maju
🇲🇾🇲🇾🇲🇾🇲🇾

16 September, merupakan hari yang bersejarah bagi rakyat Malaysia. Semenjak 1963, kami telah melalui sebanyak 59 tahun sebagai satu negara persekutuan, hasil daripada penggabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak melalui Perjanjian Malaysia 1963 (Singapura telah meninggalkan gabungan ini pada 1965)

Perjalanan kita sebagai satu keluarga telah melalui era yang cukup dinamik. Malaysia mengharungi pelbagai cabaran untuk membentuk masyarakat Muhibbah yang mampu bertoleransi antara satu sama lain. Dari sebuah negara pertanian, kami bergerak kearah perindustrian dan berpendapatan tinggi. Ini tidak mungkin dapat dilakukan, tanpa perpaduan nasional yang dipandu oleh rakyat Malaysia sendiri.

Untuk kita menjadi sebuah negara berteraskan perpaduan nasional, kita tidak boleh mengabaikan sejarah apa yang menjadikan Malaysia, sebagai Malaysia yang kita idamkan. Melihat Kembali buku teks sejarah sekolah, saya masih ingat bagaimana penjajah British menggunakan taktik ‘pecah dan perintah’ untuk megekalkan penguasaan mereka di tanah jajahan, termasuk Tanah Melayu dan Borneo. Kewujudan sosial ekonomi yang terbahagi kepada ethnik bangsa memudahkan kerajan Inggeris untuk mengawal dan menafikan negara daripada menjadi Bersatu padu.

Mungkin kami menyalahkan penjajah pada masa itu, dan pergerakan sivil serta nationalisme berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan. Sememangnya 1957 bendera Union Jack diturunkan dan 1963 kami mendapat identiti kenegaraan sendiri. Malaysia diperintah oleh kerajaan tunggal sehingga 2018 apabila regim Barisan Nasional ditumpaskan buat pertama kali di dalam sejarah. Walaupun penjajah Inggeris tidak lagi memerintah, namun yang tukar hanya pemerintah, tetapi taktik memecah belah masih lagi dipergunakan.

Kami sering mendengar mereka di atas jalanan yang merungut betapa kecewanya dalam politik, dan mengungkit kembali kegagalan kita dalam PRN lepas. Sedikit mereka tidak memikirkan bahawa dengan adanya pergerakan politik yang waras, banyak perubahan yang berlaku tanpa menyedar bahawa iltizam yang kental boleh membawa transformasi demokrasi yang mendukung agenda reformasi. Antara perubahan ketara baru-baru ini adalah seperti pengiktirafan akta lompat parti dan pemenjaraan bekas perdana Menteri, yang memberi kredit harus dibei kepada rakyat jelata yang berani tampil untuk menuntut keadilan.

Pergerakan reformasi adalah pemangkin perubahan dan membuahkan hasil pada tahun 2018, di mana KEADILAN menjadi perintis Pakatan HARAPAN yang telah memenangi PRU yang penuh bersejarah. Agenda reformasi disemaikan dalam pentadbiran negara terus menghakis politik kebencian yang diwaris dari regim terdahulu walaupun hanya 22 bulan menjadi kerajaan.

Ini hanya satu permulaan. Malaysia telah sampai ke satu simpang dan harus memilih. Ke kiri kearah idelogi berpandukan kesaksamaan sosio-ekonomik atau ke kanan memantapkan politik konservatif seperti sedia kala. Hanya dengan pegangan ideologi kesaksamaan untuk semua, negara mampu menjana daya saing yang boleh mengerakkan kearah yang lebih progresif.

Segala bentuk kejayaan negara tidak dapat bayangkan tanpa ada masyarakat majmuk Malaysia yang bertolak ansur. Ingatilah kata-kata Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia yang berbunyi -“Kita semua rakyat Malaysia. Ini adalah satu ikatan yang sentiasa menyatukan kita. Hendaklah kita sentiasa ingat bahawa perpaduan adalah asas kekuatan kita sebagai rakyat dan sebagai satu negara”

Kita wajar bersedia, kerana PRU15 bakal tiba. KEADILAN (dan Pakatan HARAPAN) wajar diberi peluang sekali lagi.

Selamat Ulangtahun ke 59 dan Selamat Hari Malaysia kepada semua.