Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sambutan Hari Raya Aidilfitri amat bermakna bagi masyarakat di Wangsa Maju khasnya dan seluruh Wilayah Persekutuan amnya.

Dari Seksyen 1 ke Danau Kota, dari Jalan Gombak ke Jalan Madrasah, dari Wangsa Melawati ke Taman Melati – dan, Wangsa Maju telah menjadi rumah kepada komuniti berbilang bangsa dengan kehadiran masyarakat Melayu yang dominan.

Masjid, surau dan jaringan sembilan kampung warisan di sepanjang Jalan Gombak, telah menjadi mercu tanda di Wangsa Maju sebagai simbol keberadaan kaum Melayu yang hidup bersama sebagai satu wargakota.

Namun, yang paling istimewa adalah masyarakat majmuk yang boleh hidup bersama tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama semenjak puluhan malah ratusan tahun.

Selaras dengan prinsip asas KEADILAN, parti politik yang bersifat inklusif amat menghargai setiap rakyat tanpa mengira kaum, agama mahupun kedudukan sesuai dengan konsep ‘Adil Untuk Semua’.

Setiap perbezaan, kita rai bersama. Isu stokin dan poster, sedikit pun tidak menggugat perpaduan masyarakat kita. Setiap cabaran, kita harungi bersama. Reformasi, menjadi tonggak kekuatan Malaysia MADANI.

Sepanjang bulan Ramadan, telah banyak yang kami lakukan untuk menyantuni masyarakat Wangsa Maju. Jadual saya penuh dengan aktiviti merentasi pelbagai latar belakang rakyat, dari penjaja bazar Ramadan hinggalah gelandangan yang dibantu untuk mereka berbuka puasa.

Semenjak hari pertama Ramadan lagi, hampir setiap hari saya mempunyai aktiviti bersama penduduk, tidak kira bersama surau, sekolah mahupun platform persatuan penduduk.

Malah, kami juga mengadakan majlis berbuka puasa di dalam surau, dengan jemputan dihulur kepada masyarakat Tionghua dan India setempat bagi merasai kemeriahan Ramadan dan 1 Syawal tidak lama lagi.

Program yang dianjur bukan besar, bukan di dewan mahupun hotel, tetapi cukup bersasar dengan objektifnya untuk menyambut bersama ahli-ahli KEADILAN dan penduduk setempat.

‘Banner’ ucapan Ramadan dan Hari Raya juga dipasang lebih awal, dengan tujuan untuk memeriahkan dan memarakkan suasana menyambut lebaran.

Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang memperuntukkan bantuan makanan; termasuk Yayasan MADANI, Datuk Ramayah dan Datuk Seri Hj Shamsul Iskandar Mohd Akin yang telah saya salurkan melalui jawatankuasa cabang

Hari-hari terakhir juga bulan Ramadan, saya juga membuat lawatan ke peniaga-peniaga gerai menjual lemang dan bunga api.

Jelas kemeriahan suasana Hari Raya makin dirasakan segenap lapisan rakyat seolah menghargai nikmat merayakan perayaan dengan bebas dan aman dalam keharmonian Malaysia MADANI.

Bubur lambuk, majlis berbuka puasa, majlis moreh, sumbangan asnaf – dengan sekelip mata, sebulan Ramadan bermula, dan kini datangnya bulan Syawal bagi diraikan

Maaf atas segala kekurangan, kekhilafan. Dengan hati yang penuh dengan harapan, mari kita sambut Hari Raya ini dengan semangat baru dan azam yang teguh untuk menjadi lebih baik.

Dan memasuki tahun kedua pemerintahan Kerajaan MADANI di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, suasana makin ceria dan meriah tanpa lagi memikirkan di mana nak cari ayam murah atau beras tempatan kerana semuanya ada dan mencukupi.
Paling penting, ‘bendera putih’ sudah tidak wujud lagi dan rakyat kini bersama bergerak ke hadapan seiring dengan kemakmuran ekonomi negara.

Salam Aidilfitri, Salam Malaysia MADANI.

Lai Chen Heng
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur

Video Ucapan Raya oleh LAI dapat disaksikan di platform media sosial berikut:

Youtube:
https://youtu.be/QcO0-VNb5P0

Facebook:
https://www.facebook.com/share/v/NgaYbzuakcjWNBow/?mibextid=WC7FNe

X:
https://twitter.com/andrechlai/status/1777139840104202328?t=IqB9iF1AkPO7Rv5CXGNLTQ&s=19

Instagram:
https://www.instagram.com/reel/C5cxlMupnAJ/?igsh=Y2RodWd1dWRybHUx

Leave a Reply