Selamat Hari Raya Pak Raja

Terima kasih atas jemputan oleh Sdr Zaidi ke Majlis Sambutan Aidilfitri KRT Taman Melati 2A. Setelah bertahun-tahun, akhirnya boleh jumpa Pak Raja di majlis keramaian. Kesihatan beliau telah bertambah baik dan kini boleh kembali aktif.

Telah lama juga semenjak kawasan Blok C Taman Melati mengadakan sambutan yang sebegitu meriah. Tahniah kepada Zaidi atas inisiatif.

Turut hadir dalam program adalah Ketua Bahagian UMNO dan MCA, Datuk Seri Shafei Abdullah dan Datuk Ng How Doo.

Semoga semangat perpaduan dapat dikekalkan atas intipati Malaysia Madani.

Leave a Reply