Selamat Hari Thaipusam

SELAMAT MENUNAIKAN IBADAT HARI THAIPUSAM 2022

Selamat Menunaikan Ibadat Hari Thaipusam kepada seluruh penganut Hindu di Malaysia, dan paling khusus kepada mereka yang menetap di Parlimen Wangsa Maju.

Perayaan Thaipusam disambut bagi menyatakan rasa kesyukuran kepada Dewa Murugan, malah ada juga penganut yang menunaikan nazar masing-masing.

Perayaan Thaipusam disambut ketika bulan penuh melintasi bintang ‘Pusam’ pada bulan ‘Thai’ iaitu bulan ke-sepuluh dalam kalendar Tamil. Perkataan Thaipusam gabungan dua perkataan ’Thai’ dan bintang ’Pusam’. Malaysia amat sinonim dengan perayaan yang disambut saban tahun ini.

Kita mestilah terus mengamalkan pematuhan SOP terutama di kawasan tumpuan orang ramai. Ya, mungkin tahun ini tidak dapat menjalankan Kavadi atau Thanir Phandal. Tetapi dengan pelbagai varian baru yang dikesan, kita tidak boleh leka. Pastikan pematuhan penjarakan fizikal dan penggunaan alat sanitasi tangan sentiasa diamalkan.

Kesempatan ini, saya Andre Lai, sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Thaipusam kepada semua penganut hindu.

#KeadilanUntukSemua
#KeadilanWangsaMaju

Andre Lai
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang Wangsa Maju

ஏன்றி லாய்
வங்சா மாஜூ தொகுதித் தலைவர்
கூட்டரசுப் பிரதேச கேஅடிலான் கட்சியின்
உதவித் தலைவர்