Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2021

Selama setahun berlalu, Kuala Lumpur telah banyak berubah. Dari sebuah kosmopolitan yang pesat, kini ia menjadi mangsa Covid 19.

Sektor pekerjaan dan pendapatan rakyat jelata telah terbantut. Semakin ramai warga kota yang menghadapi kepincangan dalam kehidupan.

Namun, saya percaya DBKL telah melakukan yang terbaik untuk warga kota. Saya berharap Kuala Lumpur, sebagai tunjang ekonomi negara akan pulih daripada cabaran wabak dan kembali beraksi di pentas dunia.

Masih ada HARAPAN untuk Kuala Lumpur.

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2021.

 

Andre Lai
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju