Selamat Jalan, Sdr Zahisyam

Seorang rakan kami Sdr Zahisyam, Timbalan Pengerusi Tama Koperasi Polis 1 telah meninggal kami selama-lamanya. Saya bersama persatuan penduduk berkunjung melawat keluarganya petang tadi.

Saya berasa terkilan atas pemergian beliau. Tidak lama dahulu kami masih berbincang kisah politik dan strategi untuk menghadapi PRU15.

Beliau merupakan antara aktivis KEADILAN terawal di JDM Changkat, yang kini berada dalam Parlimen Wangsa Maju.

Beliau akan diingati. Salam takziah kepada keluarga beliau sekali lagi.