Selamat kembali ke sekolah

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Kanak-kanak darjah 1-4 memulakan sesi persekolahan baru setelah beberapa bulan dalam PKP dan PKPP.

Kesesakan dijangka, tetapi semua berlangsung dengan lancar. Pegawai-pegawai daripada PPD juga turut hadir ke beberapa sekolah untuk membantu menyelaraskan SOP di kalangan murid-murid sekolah rendah.

Semoga semua murid dan ibubapa dapat menyesuaikan dalam persekolahan norma baru. ✌️✌️✌️

* Gambar diambil di SK Taman Melati dan SJKC Lee Rubber