Selamat Menyambut Perayaan Dragon Boat

SELAMAT MENYAMBUT HARI DUANWU (DRAGON BOAT FESTIVAL)
敬祝端午安康.

🐉🐉🐉

Setiap tahun 5 haribulan 5 dalam calendar Cina, masyarakat Cina sedunia akan menyambut Hari Duan Wu, yang juga dikenali sebagai Dumpling Festival dan Dragon Boat Festival. Tahun ini, perayaan jatuh pada 3 Jun 2022.

Terdapat banyak variasi asal-usul perayaan, tetapi secara amnya perayaan berdasarkan pengorbanan Qu Yuan, seorang ahli penyair yang berkhidmat untuk maharaja pada dinasti Zhou.

Tempoh tersebut merupakan era peperangan antara negeri-negeri purba, di mana Qu berkhidmat sebagai penasihat kepada keluarga diraja Negeri Chu. Maharaja masa itu, demi mendapatkan kejayaan cepat memutuskan untuk membuat pakatan sekutu dengan musuh dan mendapat tentangan hebat daripada Qu. Qu dikecam sebagai pengkhianat dan dibuang negeri. Pakatan antara kerajaan berterusan sehingga negerinya dikhianat dan ditawan oleh rakan sekutu.

Akibatnya, Qu berasa sedih dan memutuskan untuk mengahkhiri hidupnya dengan terjun ke dalam sungai. Penduduk setempat bergegas untuk cuba mendapatkan semulanya mayat dengan mengayuh bot dengan laju. Apabila Qu Yuan tidak ditemui, penduduk cuba membuat nasi pulut ke dalam sungai agar ikan tidak memakan mayatnya. Ia kemudiannya menjadi asal usul Dragon Boat Festival atau Dumpling Festival, di mana nasi pulut (dumpling) dijadikan juadah utama dalam hari perayaan ini.

Cerita pengorbanan Qu Yuan disampaikan secara turun-temurun sehingga menjadikan satu hari perayaan yang paling penting dalam kebudayaan masyarakat Cina. Dongeng atau tidak, kiasan cerita ini adalah menyerupai landskap politik negara hari ini. Menjelang PRU yang bakal dijalankan dalam masa beberapa bulan ini (mengikut ramalan Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli), terdapat banyak usaha daripada pemimpin untuk membuat penggabungan parti-parti politik pembangkang, dalam isthilah seperti gagasan politik atau khemah besar.

Kaedah pergabungan ini bertujuan untuk memastikan tentangan bersepadu terhadap pihak lawan tradisi Barisan Nasional dalam PRU 15. Dalam pemilihan baru-baru ini, Khemah Besar dijadikan isu hangat dalam kalangan calon-calon dan ahli-ahli akar umbi. Malah, wujud perbezaan pendapat dalam kalangan pemimpin utama PH dan blok pembangkang lain mengenai konsep gabungan.

PAKATAN HARAPAN diwujudkan dengan persefahaman bekas sekutu Pakatan Rakyat (KEADILAN & DAP), dengan parti baru AMANAH dan BERSATU sebelum PRU 14. Tidak terlintas dalam minda, HARAPAN Berjaya menumpaskan Barisan Nasional dalam pilihanraya yang paling bersejarah ini. Namun ia mampu bertahan selama 22 bulan dan Kerajaan Perikatan Nasional wujud dengan bekas sekutu HARAPAN dan Barisan Nasional.

Langkah populis ini telah menunjukkan, penggabungan tanpa titik persaman hanya satu jalan pintas untuk solusi jangka masa pendek. Hasilnya amat ketara, apabila kerajaan bertukar tangan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Kepincangan dalam konsep ini juga sekali gus menghakiskan kepercayaan di kalangan rakyat apabila Malaysia masih lagi berdepan dengan kegawatan pasca-Covid 19.

Sejarah telah menunjukkan gabungan seumpama ini rapuh dan sukar untuk diyakini. Kegagalan para pemimpin yang berperisai dengan ego yang kuat dan kegagalan mencari titik persamaan memberi gambaran yang jelas kepada rakyat, bahawa ia tidak akan mendapatkan hasil positif.

Pemilihan KEADILAN telah berakhir (kecuali di peringkat pimpinan pusat). KEADILAN kini harus bersedia untuk menghadapi kemungkinan PRU mengejut tidak lama lagi. Segala sengketa terdahulu wajar disingkirkan dan wujudkan kembali semangat jati diri yang tinggi dalam KEADILAN serta HARAPAN, sepertimana semangat patriotik kita terhadap negara.

Asal usul perayaan Duanwu dijadikan satu pedoman. KEADILAN harus proaktif dalam mendapatkan apa jua formula memenangkan peperangan dengan menumbangkan musuh. Apa jua jalan penyelesaian, yang pastinya, berjinak-jinak dengan musuh bukan formula yang tepat.

Selamat Menyambut Hari Duanwu kepada masyarakat Cina.

Saya dan anda, tidak perlu menjadi Qu Yuan.

敬祝端午安康.

Versi Bahasa Cina:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02XZsXr4TYNbxj97tDj8m2jELje24RxaH9UFp6fSDegaCQhxL7veJjnZZrRtjDJFtdl&id=100000285493007