Selamat Tinggal, Hj Rahman

Kami berkunjung ke rumah Ajai tadi di Blok E, Flat Taman Melati, setelah mendapat berita ayahandanya Hj Rahman menghembus nafas dirumah hari ini akibat kanser.

Hj Rahman merupakan ahli KEADILAN Wangsa Maju dan pernah berkhidmat dalam MPP Subzon 1 semasa pemerintahan kerajaan HARAPAN. Beliau dikenali sebagai seorang yang tegas dan berpegang prinsip.

Salam takziah saya ucapkan lagi kepada Ajai dan keluarganya.