Semoga sembuh cepat, Hj Gazali

Saya mendapat berita bahawa JP Hj Gazali telah dikejar ke hospital sebentar tadi.

Beliau yang menetap di Taman Ibukota kini berumur 90 tahun dan merupakan antara pegawai terawal semasa penubuhan DBKL.

Sebelum ini saya melawat beliau di rumah. Kali terakhir kami berjumpa semasa saya mengedar kalendar ke rumahnya.

Walaupun usia yang meningkat, tetapi beliau kelihatan amat sihat masa itu. Saya berharap semoga dipermudahkan urusan rawatannya.