Senaman di Padang Besar Taman Ibukota

Berada di taman rekreasi Taman Ibukota. Banyak aduan terhadap keadaan taman yang tidak memuaskan.

Antara isu yang ketara adalah
– Tandas awam yang tiada bekalan air/elektrik dan senantiasa tertutup
– Padang bola yang semakin botak. Rumput tidak kelihatan, hanya pasir
– Banyak lubang yang tenggelam. Masa hujan lubang ini akan menjadi takung air

Walaupun tersorok di sebalik taman perumahan, taman ini merupakan tempat senaman yang popular di antara pengamal Tai chi di pagi dan bola sepak di waktu senja.