Sepagi di PPR Gombak Setia

Berada di PPR Gombak Setia untuk beberapa isu. Salah satu isu adalah Kak Sharifah yang rumahnya berada di tingkat teratas. Kebocoran atap PPR telah berlanjut selamat 2 bulan dan tidak nampak ada usaha DBKL untuk membuat susulan tindakan. Begitu juga aduan dari Pn Faridah atas isu kualiti kerja kontraktor yang kurang memuaskan.

Saya juga melawat bilik persatuan yang baru yang bakal dibuka tidak lama lagi. Datang sini, tidak boleh tidak melawat Kak Long. Saya turut ambil peluang untuk melawat Kamarul dan Nadia atas kelahiran anak bongsunya.

Satu hari di PPR Gombak Setia dimanfaatkan sebaik-baiknya.