Sepetang bersama ALP dan Kakitangan HRC

Hospital Rehabilitasi Cheras mengadakan program Sepetang bersama ALP dan Kakitangan HRC.

Tujuan program ini adalah untuk meraikan para pengamal dan pesakit hospital, sebagai aktiviti tahunan oleh ALPHRC.

Oleh kerana peranan HRC adalah untuk pemulihan dan rehab, maka nama hospital kurang menyerlah di mata orang awam. Saya berharap kehadiran kami sebagai Ahli Lembaga Pelawat menjadi pemangkin untuk pembahruan institusi (atau institutional reform) untuk HRC, seperti yang dihendaki dalam Kerajaan Malaysia Madani.

Masuk 2024, hospital akan penuh meriah dengan aktiviti. Bermula dengan program anugerah Pekerja Contoh dan Pesakit Ikon Inspirasi sebagai pemangkin semangat untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada masyarakat.