Sesi Durian bersama Jabatan Perpaduan

Melayan durian dengan Sdr Sukri dan Mohammad dari Jabatan Perpaduan Wilayah Persekutuan bersama penduduk kampung.

Jamuan durian dibuat di pejabat KRT Kg Lee Kong Chian sempena sambutan Tahun Baru 2023.

Semoga hubungan sesama komuniti dapat dieratkan atas nama perpaduan negara – selaras dengan nama Kerajaan Perpaduan Malaysia.