Sesi pandangan awam DBKL berkenaan isu Jalan Langkawi yang telah ‘lesap’

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju bersama sebahagian daripada wakil-wakil penduduk di DBKL untuk sesi pendengaran pandangan awam PBRKL 2020.

Jalan yang sepatutnya dibina untuk bertembus ke Jalan Gombak dari Jalan Langkawi, telah di tukar kepada projek pembinaan swasta. Projek yang sama telah mendapat kelulusan untuk menutup laluan Jalan Langkawi-Jalan Chong Hwa.

Tindakan DBKL mengundang ketidakpuasan penduduk setempat, kerana ia menjejas laluan dari kawasan perumahan ke SMJK Chong Hwa dan SJK(C) Mun Yee.

Saya berharap jawatankuasa DBKL memandang isu ini secara serius.