Sesi perjumpaan antara Balai Polis Wangsa Maju dan KRT Desa Setapak

Dialog bersama ketua komuniti di Desa Setapak. Saya mempelawa Tn Zulhissam, Ketua Balai Polis Wangsa Maju yang baru ke pejabat KRT Desa Setapak untuk satu sesi berkenalan.

Tujuan sessi ini juga merapatkan beliau OCS dan KRT yang selalu menjalankan SRS setiap hari minggu. Satu ketika dahulu, Desa Setaoak mempunyai rekod pecah rumah yang tinggi.

Yeap dan Alex, merupakan figura wakil komuniti di Desa Setapak selama berdekad lamanya. Saya percaya mereka telah melalui sekurang-kurangnya 5 OCS sepanjang mereka berkhidmat dalam KRT.

Saya sebagai AJK MCPF juga wajar membantu dalam pencerahan topik pencegahan jenayah. Semoga kerjasama PDRM dan ketua komuniti setempat dapat terus dijalinkan.

Leave a Reply