Sesi Persekolahan baru

Saya menghubungi beberapa buah sekolah berkenaan dengan sambutan permulaan sesi persekolahan 2022/2023.

Kehadiran amat merangsangkan terutamanya darjah 1,2 dan 6. Buat masa sekarang, sekolah yang mempunyai jumlah murid yang ramai (lebih daripada 600) hanya boleh menampung kehadiran 50% buat masa sekarang.

Sekolah menengah masih lagi menjalankan PDPR dan akan memulakan sesi persekolahan pada bulan April, kerana peperiksaan SPM masih lagi berlangsung sehinga 29 Mac 2022.

(Gambar diambil dari SK Taman Melati)