Siar kaki kotor hadapan SK Danau Kota2

Penduduk Encik Hizwan pernah mengadu kepada saya berkenaan dengan jalan yang kotor di sebelah SK Danau Kota. Banyak persoalan status jalan, menyebabkan Alam Flora tidak boleh membersihkan kawasan ini.

Maka, kami menyeru supaya pihak DBKL JKAS untuk melihat isu ini secara teliti. Pagi tadi, kontraktor akhirnya memulakan pembersihan.

Selepas ini, saya berharap DBKL juga boleh melihat isu kereta terbiar di sini. Trafik dijangka bertambah selepas musim persekolahan penuh disambung kelak.