Struktur longkang dibina semula di Taman Koperasi Polis 1

Kerana bimbang struktur longkang yang akan turut menjejaskan rumah, Sdr Vallie dari Taman Koperasi Polis 1 telah menghubungi saya pada minggu lepas memohon pertolongan agar adanya tindakan secepat mungkin.

Kerja-kerja pembaikpulihan bermula tidak lama selepas susulan aduan kepada JKAWS DBKL. Tengah hari tadi saya berkunjung untuk memeriksa perkembangan kerja dan pihak kontraktor DBKL memberi jaminan ia akan disiapkan dalam masa seminggu.

Saya berharap ia boleh dipercepatkan, kerana hujan lebat beberapa hari ini mungkin boleh memudaratkan lagi keadaan. Terima kasih kepada semua yang berusaha.