Struktur longkang rosak di Taman Melati menyebabkan tiang TNB condong

Awal bulan Mac, aduan disusul kepada pihak KEADILAN berkenaan isu tiang TNB condong akibat struktur parit rosak di Jalan Melati 4. Sebelum itu, masalah telah lama ditujukan kepada pihak berkuasa namun tiada tindakan proaktif sehinggalah ia jatuh ke atas tembok rumah pengadu.

Saya berhubung dengan DBKL JKAWS untuk mengaturkan kerja pembaikpulihan. Sementara menunggu keputusan DBKL, saya memohon dan TNB pada hari yang sama bersetuju untuk mendirikan struktur kayu (tidak boleh bertahan lama) agar tiang tidak terus merosakkan struktur rumah.

Sebelum ini:
https://www.facebook.com/photo/?fbid=6216026848416770&set=a.542657109087134

Semalam, saya mendapat panggilan daripada Datuk Sabtu bahawa pihak JKAWS telah menyempurnakan kerja baikpulih. Selepas ini, saya akan menghubungi agar TNB boleh datang untuk menegakkan tiang dengan struktur yang lebih kukuh.

Terima kasih atas kerjasama TNB dan DBKL yang berusaha bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan.