Sumbangan Bakul Makanan di Jalan Madrasah

Bantuan Ahli Parlimen Wangsa Maju diteruskan ke kawasan perumahan kos rendah di Jalan Madrasah, terutamanya PPR Gombak Setia dan PPR Sri Kedah. Barangan dapur asas disasarkan kepada mereka yang kehilangan pendapatan setelah PKP dilancarkan.

Semenjak ia bermula, pemimpin-pemimpin tempatan seperti Sdr Azmee, Amy Othman, Hj Khair dan rakan baik saya Sdr Sri Tharan telah berkunjung ke banyak tempat untuk menyerah barangan bantuan.

Namum begitu, kita harus memastikan jarak sosial dan senantiasa memakai topeng muka untuk kebaikkan semua.