Sumbangan Bakul Makanan di Kampung Puah

Bantuan diteruskan kepada penduduk di sekitar Kg Puah dan Desa Gombak. Seramai 60 penduduk mendapat bantuan dapur asas melalui inisiatif Ketua Kampung Hj Othman dan Pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Di huluran kali ini, golongan asnaf dan OKU mendapat perhatian, tetapi PKP yang telah dilanjutkan akan menyebabkan lebih ramai lagi hilang pendapatan.

Kami berharap dapat melancarkan siri bantuan yang lebih banyak untuk penduduk di Jalan Gombak.