Sumbangan dapur ke Danau Kota & Jalan Madrasah

Pagi tadi kami ke Jalan Madrasah dan Danau Kota untuk mengedar sumbangan barang dapur kepada masyarakat setempat. Pengerusi KRT dan Persatuan Penduduk, Hj Hassan dan Hj Khair turut terlibat dalam aktiviti ini.

Pejabat Parlimen Wangsa Maju sentiasa aktif dan berlandasan #yakinirakyat. Seringkali kami mengingatkan semua, bahawa kami berdiri di atas platform KEADILAN yang menjaga hak asasi komuniti berbilang bangsa di Malaysia. Tiada ruang untuk politik sempit.

Terima kasih kepada Mercy Malaysia atas kepercayaan terhadap pasukan kami selama ini.