Sumbangan di Rumah Qaseh Lembah Jaya, Ampang

Kami membawa sedikit sumbangan berbentuk makanan asas dan paracetamol (ubat sakit kepala & selsama) ke Rumah Anak Yatim dan Asnaf Qaseh Ibu, Lembah Jaya Selatan.

Kak Mal, memberitahu cabaran rumah anak yatim ini, walaupun di bawah naungan JKM tetapi sentiasa tidak cukup menampung keperluan.

Ampang tempat saya membesar. Moga-moga kawan-kawan sekalian dapat menghulurkan pertolongan kepada Rumah Qaseh.