Sumbangan Ikan di Kampung Puah & Puah Seberang

Kampung Puah & Puah Seberang menganjurkan program sumbangan ikan pada hari minggu lepas sambil membuka kaunter di Dataran Ilmu untuk kempen JOM DAFTAR VAKSINASI anjuran Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Masih ramai individu yang belum mendaftar sebagai penerima suntikan vaksin Covid-19, terutama warga emas yang tidak mengetahui saluran untuk berbuat demikian.

Terima kasih kepada ketua-ketua kampung Sdr Khalid dan Hassan Jauma atas usaha mereka untuk kempen ini.