Sumbangan kepada Blok E, Taman Melati

Berada di Kawasan 5, Taman Melati untuk memeriksa barangan sumbangan seperti komputer dan kerusi/meja yang dimohon melalui peruntukkan Ahli Parlimen Wangsa Maju.

Peruntukkan ini diharap dapat meringankan beban mereka di pejabat pengurusan.Pada masa yang sama saya juga memberi sumbangan kepada 3 keluarga di Blok E. Anak mereka bakal melanjutkan pelajaran ke universiti.

Sedikit sumbangan daripada KEADILAN Wangsa Maju di harap boleh mengurangkan beban mereka.