Sumbangan kepada mangsa ribut di Taman Melati

Kami berkunjung ke Taman Melati, untuk mempersembahkan sumbangan kewangan kepada keluarga yang terkesan akibat musibah ribut kencang Isnin lepas.

Seramai 46 ketua rumah dari Blok A13 – A16 menerima bantuan daripada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew. Penyampaian dibuat dihadapan pejabat Kawasan 4A.

Mengikut perkembangan terbaru, Yayasan Wilayah dan DBKL akan menjalankan pembaikpulihan secepat mungkin dalam masa 2 minggu.

Terima kasih kepada kedua dua sahabat baik saya Sdr Azhar dan Abu Bakar yang merupakan pengerusi perbadanan Kawasan 4A/4B.

Mereka berdua telah banyak berusaha untuk mendapatkan yang terbaik untuk komuniti mereka.