Sumbangan Perkakasan Pejabat PPR Gombak Setia

Pejabat kami mendapat permohonan daripada pihak Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia pada awal tahun ini.

Barangan yang dimohon telah sampai ke dewan persatuan hari ini – komputer, set khemah dan kerusi meja untuk kegunaan orang ramai.

Ini sememangnya hadiah Aidilfitri kepada mereka. Saya singgah di PPR Gombak Setia sebentar untuk memastikan semua teratur. Sempat juga saya bersembang dengan Hj Khair dan Datuk Sazali daripada persatuan penduduk.

Mereka memang aktif dalam hal ehwal penduduk. Pihak persatuan juga mempunyai program tersendiri untuk sumbangan dan pengagihan kuih raya selepas saya beredar.

Selamat Hari Raya kepada penduduk PPR Gombak Setia.