Sumbangan Kerusi Roda di Taman Ibukota

Menghantar sumbangan kerusi roda untuk seorang penduduk Taman Ibukota Pn Fatimah yang menghadapi penyakit sakit kencing manis.

Dalam lawatan yang sama, kami juga sempat berbincang dengan Persatuan Penduduk Taman Ibukota berkenaan isu infrastuktur di dalam kawasan.

Meskipun laluan tepi jalan telah dinaiktaraf, namun terdapat keperluan untuk mendirikan pagar ‘anti climb’ sepanjang Jalan Ibukota demi keselamatan penduduk.

Kami akan berbincang dengan pihak JKAWS DBKL untuk menjalankan projek ini.