Sumbangan MAIWP dan Tahun Baru Cina di Hospital Rehabilitasi Cheras

Hari ini masih lagi Tahun Baru Cina. Saya mengambil kesempatan untuk menyampaikan peruntukkan MAIWP dan angpau kepada pesakit terpilih di Hospital Rehabilitasi Cheras bersama Timbalan Pengarah Dr Tan.

Hadir dengan saya pagi tadi, adalah ALP yang lain; Kak Rose, Lydia, Suzairie dan Jack. Semoga tahun Naga, adanya berkat untuk warga di HRC.