Sumbangan mesin air kepada SK dan SMK Setapak Indah

Melawat SK dan SMK Setapak Indah beberapa hari lepas. Tahun lepas, terdapat permohonan daripada pihak PIBG bahawa sekolah kekurangan memerlukan kemudahan mesin air untuk murid-murid sekolah.

Saya telah menyumbang mesin air di kedua-dua sekolah dan semalam saya melihat sendiri bukan sahaja pelajar, tetapi ibubapa dan guru kerap menggunakan mesin air tersebut. Kedua-duanya merupakan ‘sekolah gergasi’, dengan jumpa murid melebihi seribu orang.

Gurubesar SK Cikgu Sazali seorang kenalan lama dan merupakan cikgu di sekolah isteri saya dahulu. Manakala Pengetua SMK Tn Hj Rosli meskipun baru berkenalan, tetapi saya percaya kami akan sering berkomunikasi selalu. Beliau jiga menunjukkan turapan jalan di hadapan sekolah yang telah disempurnakan 2 minggu lalu.

Pada masa yang sama, Hj Rosli memberitahu saya terdapat keperluan mesin air di dalam pejabat pentadbiran, maka saya akan usahakan secepat mungkin.