Sumbangan pemandu teksi Seksyen 1

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju menghulurkan bantuan makanan dan kalendar percuma kepada pemandu teksi di Seksyen 1.

Penganjur, Hj Kahalid telah mengaturkan program ini untuk menolong rakan-rakan pemandu teksi yang terkandas akibat ekonomi tidak menentu.

Saya perasan, ramai pemandu teksi yang telah meningkat usianya. Sempat juga saya berborak dan mendengar kisah mereka. Kehidupan mereka yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, memaksa mereka untuk mendapatkan sekurang kurangnya RM60 setiap hari untuk menampung kos teksi harian.

Kumpulan teksi ini amat muhibbah. Hubungan antara kaum yang akrab, jauh berbeza daripada apa yang dipamerkan oleh mereka yang berpemikiran sempit.