Sumbangan Pembinaan Semula Kolah Wuduk Masjid Jamek Lama Kampung Padang Balang

Masjid Jamek antara masjid yang terawal untuk masyarakat Minangkabau yang menetap di sepanjang Jalan Gombak, seawal 1900-an lagi.

Beberapa bulan lalu, dalam lawatan kami mendapati bahawa kolah wuduk telah mula retak. Selain daripada pembinaan semula kolah, kami juga meluluskan peruntukkan membina ‘awning’ baru.

Kerja telah bermula dan dijangka akan siap sebelum Hari Malaysia. Semoga peruntukkan ini dapat memberi nafas baru kepada Masjid Jamek Lama Kampung Padang Balang.