Sumbangan pengundi Wangsa Maju di luar kawasan

Ramai pengundi Wangsa Maju, oleh kerana kesulitan Covid 19 menetap di rumah saudara mara untuk mengurangkan risiko jangkitan. Ada yang juga telah dijangkiti dan kini berkuarantin sendiri.

Kami menjejak mereka ini, kebanyakkan tinggal sementara di kawasan berdekatan seperti Gombak dan Ampang. Barangan sumbangan dihantar melalui sukarelawan KEADILAN terus ke rumah mereka.

Masalah Covid 19 bukan sahaja melibatkan kesihatan. Isu kesinambungan hidup juga berada dalam tahap yang pasrah kerana ekonomi yang semakin menurun. Saya berharap, warga Wangsa Maju sihat selalu dan tabah mengharungi wabak ini.

Terima kasih kepada Pn Loo Voon May kerana tolong hantar kepada mereka. Terima kasih juga penyumbang Jia Kopitiam, Pn Jessie, Stella dan Cik Peggy untuk sumbangan kali ini.