Sumbangan Prihatin KEADILAN Changkat

Sumbangan kasih daripada KEADILAN di hantar kepada golongan asnaf di sekitar Taman Koperasi Polis 1 melalui pasukan Arief & Hayee dalam Ranting KEADILAN Changkat.

Para penerima, 50 dari daripadanya kebanyakkan merupakan pesara polis dan kakitangan kerajaan. Agak terkilan melihat keadaan hidup mereka yang kedana walaupun mempunyai pencen.

Kami berharap, sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dalam tempoh PKPB yang tidak menentu.

Dalam hari yang sama, ahli AMK cabang Sdr Parthydesan dan Krisna juga mengusahakan sumbangan untuk penduduk di sekitar Danau Kota dan Teratai Mewah.