Sumbangan Puthandu di kuil-kuil Wangsa Maju

Sumbangan awal Puthandu (Tahun Baru Tamil) telah diedarkan kepada komuniti India tempatan di Teratai Mewah dan Setapak Indah Jaya

Kesibukan akan dijangka selepas April nanti, itu antara sebab kenapa kami membuat program pada hari ini. Program serba ringkas, dengan sumbangan dapur dan makanan ringan, namun ia tetap bermakna. Lagi pun, telah hampir 2 tahun Kuil Shri Sivakaliaman tidak dibuka untuk program awam.

KEADILAN menekankan pasukan majmuk berbilang kaum dan ia dipratikkan dalam aktiviti cabang Wangsa Maju.

Ayuh Malaysia! Setiap perayaan kami rai bersamakan!