Sumbangan Selimut & Tuala untuk Mangsa Banjir

Ada penduduk menghubungi saya untuk menghantar sumbangan selimut dan tuala. Saya dan Iskandar berkunjung untuk mengumpul dari setiap rumah.

Kami telah menghantar ke pusat pungutan Persatuan Penduduk Taman Danau Kota 23B malam tadi memandangkan mereka akan bergerak ke Hulu Langat dan Pahang.

KEADILAN Wangsa Maju berterima kasih kepada semua yang membantu. Sekiranya penyelarasan dibuat dengan baik oleh NADMA, maka tidak akan ada malang seperti ini. Rakyat boleh menanti, tetapi rakyat telah memilih untuk menjaga diri sendiri.