Sumbangan ‘Teksi Reformasi’ Melati Utama

Saudara Ghapar seorang kenalan lama saya, seorang pemandu teksi di Melati Utama. Dia bersama rakan-rakannya berstesen di Taman Melati Utama dan bergantung pendapatan daripada pelanggan daripada kondo berdekatan.
Sebelum PKP bermula, perniagaan mereka telahpun terjejas akibat perkhidmatan ‘e-hailing’.

Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju bersama KEADILAN Wangsa Maju memberi sumbangan dapur kepada ahli-ahli persatuan teksi, seramai 40 daripada mereka.

Sebelum bergerak, mereka telah melaungkan slogan ‘teksi reformasi’. Mereka juga, merupakan penyokong tegar agenda reformasi KEADILAN.