Sumbangan ‘Teksi Reformasi’ Taman Melati

Pemandu teksi antara golongan yang paling teruk terjejas akibat Covid 19. KEADILAN Wangsa Maju menghantar sumbangan kepada rakan-rakan teksi yang berpangkalan di LRT Taman Melati.

Kumpulan teksi ini, amat besar. Semasa kita sampai, berpuluh teksi beratur di stesen menunggu pelanggan, namun rezeki memang kurang akibat prospek yang kurang.

Kak Mawar, ketua di sini telah mengharapkan bantuan kerajaan tetapi penyelarasan bantuan tidak pernah sampai dengan efektif.

Sedikit sebanyak bantuan daripada Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju diharap boleh mengurangkan beban keluarga.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Madam Lau dan kawan-kawan yang mengusahakan bantuan kali ini.