Sumbangan zink untuk mangsa ribut @ Kampung Puah Seberang

Kampung Puah Seberang menjadi mangsa ribut baru-baru ini. Ketua Kampung Sdr Hassan Jauma telah memohon supaya mendapat bekalan zink untuk menggantikan atap rumah mereka.

Saya menghargai Sdr Isham (Tony) pengerusi YPKPJM yang juga sebelum ini telah membiayai pembaikpulihan sebuah rumah dalam kampung beberapa hari sebelum ini.

Kami menambah lagi bekalan zink, agar sumbangan kepada pihak pengurusan kampung, dapat segerakan gantian bumbung rumah-rumah yang terjejas.

Sedikit sebanyak, saya berharap boleh mengurangkan beban penduduk kampung.