Suspek Curi Motorsikal telah ditangkap di Medan Idaman

Kami dihubungi oleh wakil penduduk minggu lepas berkenaan dengan kes curi motorsikal di sebuah kondo di Jalan Meranti.

Mereka pelaku bukan sahaja mencuri motorsikal, tetapi juga bertindak ganas terhadap pihak keselamatan kondo tersebut.

Terima kasih kepada Tn Zamri dari Balai Polis Setapak atas tindakan pantas, sindiket ini telah ditumpaskan hari ini.