Susunan semula peniaga di Teratai Mewah

Saya melawat kawasan bersama pegawai-pegawai atasan jabatan penguatkuasaan DBKL hari ini di sekitar Teratai Mewah pagi tadi.

Saya menyokong inisiatif Lestari Niaga Kuala Lumpur oleh PMX. Penyusunan semula tapak peniaga satu usaha yang bagus demi laluan trafik dan tempat letak parkir yang lebih teratur.

Ramai netizen telah mengadu Jalan Langkawi menjadi semakin sesak dan kekurangan tempat letak kereta. Saya tidak menafikan masalah trafik di sini akibat arus pembangunan. Keperluan gerai makan didorong oleh kepadatan penduduk di sini.

Saya dengan harapan, boleh mencapai satu situasi menang-memang yang adil buat penduduk dan peniaga. Sekiranya gerai disusun mengikut petak yang disediakan, serta dicantikkan dengan wajah baru, pasti ia nampak lebih teratur dan boleh menarik perhatian pelanggan.

Leave a Reply