Tahlil Arwah Buat Al-Marhumah Bonda Latifah & Al-Marhum Ayahanda Ishak Surin.Majlis Tahlil

Memenuhi jemputan Ke Majlis Bacaan Yassin & Tahlil Arwah Buat Al-Marhumah Bonda Latifah & Al-Marhum Ayahanda Ishak Surin.

Agak ganjil kenapa saya boleh hadir ke majlis tahlil. Mereka sekeluarga merupakan kenalan rapat saya dan setiap kali mereka mengadakan majlis, saya pasti tidak akan menolak.

Turut hadir bersama adalah Menteri Pertanian YBM Datuk Seri Mohamad Sabu. Beliau seperti biasa amat suka bercerita. Sambil bergurau, beliau sempat berkongsi dengan saya berkenaan dengan topik yang serius.

Kami berbincang berkenaan isu warga asing yang terlampau ramai yang telah mula menjadi sebahagian dari rantai penjaanaan ekonomi negara. Ini adalah hakikat, bahawa satu hari nanti mereka akan menjadi sebahagian dari komuniti kami, seperti mana moyang kami yang merantau dari negara asal.

Walau bagaimanapun, bonda baru kembali ke ramahtullah beberapa hari lepas dan ayahanda pula meninggal dunia pada 24 Nov 2022. Mereka berdua akan dikenang.

Leave a Reply