Tahlil arwah Mek Habshah

Saya bersama SU Cabang, Sdr Iskandar menghadiri majls tahlil arwah Habshah Abu Bakar di kediaman keluarga di Taman Koperasi Polis 1. Lebih dikenali sebagai Mek Habshah, beliau merupakan seorang artis veteran di zaman 80an.

Sempat meluang masa dengan Pak Remy, suami arwah dan keluarganya tadi. Ramai penduduk setempat hadir, termasuk pengerusi persatuan penduduk Hj Saringat mantan Ahli Parlimen Batu, Sdr Tian Chua. Kawasan ini, sebelum 2018 merupakan sebahagian daripada Parlimen Batu.

Hanya di majlis sebegini kami boleh berjumpa kenalan lama. Semoga segalanya baik belaka untuk komuniti Taman Koperasi Polis 1.