Tahniah Datuk Hakeem dan Datin Ezy Eliana

Kami memenuhi jemputan majlis perkahwinan seorang sahabat Datuk Hakeem Hamidi dan Datin Ezy, ysng juga dari Wanita KEADILAN Wangsa Maju.

Ramai tetamu jemputan adalah dikalangan kenalan lama. Oleh kerana Datuk Bandar dan Tok Man tidak dapat hadir, maka hanya saya dan Azmee sahaja yang menemani YB Kamri, ADUN Bukit Antarabangsa sepanjang malam.

Kenduri telah menjadi tempat kami ‘networking’ dan bersembang santai.

Ditambah pula lokasi restoran ini penuh nostalgik kerana 40 tahun yang lalu, ia merupakan sebuah tadika bernama Fatima Kindergarden. Di sinilah saya melalui zaman pra sekolah saya.

Kepada Datuk dan Datin, semoga rumahtangga yang didirikan menjadi tunggak kebahagiaan hingga akhir hayat. Selamat Pengantin Baru!