Tahniah, Dr Zaliha Mustafa

Bersama rombongan kakitangan agensi untuk mengiringi Dr Zaliha Mustafa dalam hari pertama sebagai Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) di Menara Seri Wilayah. Tidak banyak perubahan dalam struktur pasukannya, malah kementerian turut diperkasakan oleh Datuk Azman, Setiausaha Politik Perdana Menteri dengan pegawai-pegawai yang telah berkhidmat di DBKL.

Saya berada sebagai kapasiti Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, dengan rakan setugas saya di DBKL termasuk Datuk Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan pegawai-pegawai eksekutifnya.

Memang kebetulan, saya bergambar bersama Dr Zaliha tahun lepas pada hari yang sama di pejabat Kementerian Kesihatan. Masa berlalu dengan cepat.