Tahniah kepada lantikan Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Lumpur 2023-2026

Saya mengucapkan tahniah kepada ahli KEADILAN Wilayah Persekutuan yang dilantik sebagai Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Lumpur. Ketua Penerangan KEADILAN Wangsa Maju, Sdr Vijey telah diberi mandat sebagai Pengerusi ALP Klinik.

Tahniah juga rakan-rakan yang lain seperti Sdr Gan Lip Hong, Datuk Jawahar Ali, Rosli, JJ, Abang Dollah dan ramai kenalan yang turut dilantik dalam klinik kesihatan yang lain.

Sekali lagi saya berterima kasih kepada Dr Zul, Menteri Kesihatan dan Dr Zaliha, mantan Menteri Kesihatan kerana mempertimbangkan pencalonan ini.

Selamat berkhidmat kepada semua. Malaysia Madani hebat!