Taklimat keselamatan kebakaran Taman Melati

Ahad lepas merupakan Hari bersama Bomba. Pagi-pagi saya telah dijemput oleh Sdr Tohel dan persatuan penduduk Taman Melati Kawasan 12 untuk program taklimat keselamatan kebakaran.

Program pencerahan sebegini amat baik kerana ia amat membantu dalam saat-saat kecemasan. Selain daripada taklimat Bomba, pihak AADK turut dijemput untuk memberi taklimat berkenaan dengan kempen anti-dadah.

Saya mengambil kesempatan untuk mengagih kalendar dan berjumpa dengan kenalan lama seperti Hj Md Zain, mantan pengerusi persatuan dan KRT kawasan.

Terima kasih sekali lagi kepada pihak Balai Bomba Wangsa Maju. Ketua Balai Tn Letchumana seorang yang prihatin dan amat berkomited dalam tugasannya.