Taklimat status tanah di pinggiran kolam takungan

Saya mewakili Datin Paduka Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Wangsa Maju ke taklimat mengenai status tanah di pinggiran kolam takungan dalam Kuala Lumpur.

Dalam mesyuarat bersama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Bandar Datuk Seri Mahadi bersama agensi-agensi kerajaan yang lain, kami mendapat gambaran yang lebih jelas berkenaan isu ini yang timbul ekoran musibah banjir akhir tahun lepas.

Rakan-rakan setugas saya dalam Pakatan HARAPAN yang hadir amat berpuas hati dengan penjelasan yang turut dibentangkan oleh pengarah pejabat tanah dan JPS.

Datuk Seri Shahidan Kassim dalam masa yang sama memberi jaminan untuk mewartakan 6 kolam takungan air utama (yang mampu menampung sebanyak 2 juta meter padu air pada satu-satu masa yang sama) agar tidak ada lagi cubaan ambil alih atau sebarang projek pembinaan dapat dijalankan.

Saya juga bersempatan mengucapkan penghargaan kepada Datuk Bandar atas kwrjasama dalam penaiktarafan sistem pemparitan oleh DBKL JKAWS. Tiada banjir kilat serius dalam Parlimen Wangsa Maju semenjak 2020.