Taklimat tuntutan gangguan air di Sri Tioman

Perbincangan dengan jawatankuasa persatuan penduduk daripada Sri Tioman 1 dan 2 – Sdr Yusof dan Nasir berkenaan dengan isu bekalan air yang sering terganggu.

Sdr Azmee, Pengerusi Majlis Perwakilan Masyarakat Subzon 1 serta jawatankuasa Sri Tioman 1/2 akan bekerjasama dengan pejabat Ahli Parlimen Wangsa Maju dan menyediakan dewan pada Sabtu hadapan 24hb Oktober 2020, dari 10.30 pagi ke 4.00 petang supaya penduduk tampil menandatangani surat saman terhadap pihak berkuasa.

Pada masa yang sama, kami juga membuat pengagihan pelitup muka untik kawasan Sri Tioman 1 dan 2.